Kisah Rumah Tangga, Rezekinya Sempit Akibat si Suami Suka Lakukan Hal Ini Kepada Istrinya ...
Seorang suami mengadu
rezekinya selalu sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah
usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah
jer..kenapa yer ustaz?
Abang ada ibubapa lagi
ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang
anak...
Saya beri 2 kunci
rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan
baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta
pada Allah dulu..
Dia diam termenung.
Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri.
Jawab saya bagaimana
keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang
yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita..sangkaan
dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita..
Silaturrahim asbab
rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim
dan menyambungkannya.
Jika kita sakitkan
kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana
kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita..
Saya lihat dalam hidup
ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama
isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup
jadi serba tak kena...
Cuba abang mulakan
dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..
Tak lama dia jumpa
saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang.
Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan
hargainya. Saya buat apa yang dia suka..
Silaturrahim membuka
pintu rezeki...inikan bersama isteri kita yang tercinta.
Dulu pernah seorang
pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi
tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada
isteri tak?
Jawabnya yer ustaz.
Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya
mencurah-curah..
Sebenarnya bersyukur
dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar
sumber : malakaislamic
Kisah Rumah Tangga, Rezekinya Sempit Akibat si Suami Suka Lakukan Hal Ini Kepada Istrinya ...
Reviewed by Unknown
on
7:52:00 PM
Rating:
Post a Comment